18.1 (Khamis) keluar result UKKM Angah tempohari. Exam 6.11, lewat dari PKSK tapi result-nya keluar lebih awal.
Setelah beberapa kali percubaan nak menembusi laman web, akhirnya berjaya juga.
Belum rezeki Angah...
Ada 3 status semakan;
1. Berjaya - kena terima/jawab sebelum 25.1
2. Waiting list - kategori calon simpanan, kena tunggulah tawaran berperingkat dari MARA. Tahun ni butang rayuan pun tiada seperti tahun² sudah. Mungkin penambahbaikan dari pihak MARA.
3. Gagal - katanya tiada peluang untuk rayuan tahun ni bagi yang gagal UKKM.
Alhamdulillah untuk Angah dan rakan² dalam kategori calon simpanan ni masih ada peluang. Next semak 15.2.
Tahniah buat anakanda Pia dan kawan-kawan SRAI Angah yang dah berjaya dapat tempat di MRSM. Alhamdulillah ramai juga anak² SRAI dapat offer untuk kali ni 👍Mudah-mudahan ada rezeki Angah juga ke sekolah impiannya 🤲