Cerita cuti sekolah tempohari, semas ikut Walid outstation ke Perai. Ada yang eja Prai kan?
Ini kali ketiga kami makan di sini. Kali pertama dengan Geng Posto; kebetulan depa outstation di sini time tu. Walaupun dah tak ingat tahun berapa, tapi meriahnya masih terasa.
Kali kedua raikan Abang sempena dapat result UPKK. Masa ni kami pilih menu Western tak silap.
Pilih spot tepi aquarium ni. Dulu kami duduk sini juga. Ada gambar Kakak & Adik dengan Aunty Ariha, Aunty Atikah dengan anak² dia... Gambar ramai² dengan Geng Posto ni pun ada tapi tak ingat simpan mana. Dulu bolehlah belek album, sekarang nak kena buka laptop atau godek hard disk, maleh!
Orang Penang suka masak nasi goreng letak kicap kot. 2x makan di kedai (satu lagi kedai tomyam blkg Sunway Hotel) pun nasi gorengnya letak kicap juga 😅 Selain nasi goreng ni, lain tu kami pilih nasi putih dengan Ayam Goreng Kunyit, Ayam Paprika, Daging Masak Merah... Set nasi putih ni dihidang bersama keropok, sambal belacan dan semangkuk kecil sup kosong. Alhamdulillah semuanya sedap belaka.
Sebelum makanan sampai, 'sambar' sebotol popia simpul ni di kaunter. RM14 sebalang. Mengunyah la dulu sementara tunggu nasi sampai. Sedap, rangup sangat. Inti dia pun sedap.
Service pantas sebab pekerja pun ramai dan cekap.
Parking pun luas.
Malah sekarang pihak restoran juga menawarkan pakej perkahwinan di sini. Ada surau, tandas lengkap serba serbi complete 👍
De Pauh Garden Restoran & Kafe
1618, Jln Permatang Pauh,
Taman Pauh, 13500 Perai,
Pulau Pinang
Waktu Operasi: 12 pm - 11 pm setiap hari kecuali Selasa ( tutup)