Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2623

Bawang Besar Pulak!

$
0
0
Minta Walid belikan bawang besar. Ummi biasa masak pakai bawang besar je, jarang beli bawang merah. 

Beli seguni macam ni... Memang sekali beli, seguni. Tahanlah 2-3 minggu, bergantung pada kegunaan ketika memasak. 

Balik je dari kedai, Walid cakap, 

Ish mahal betul bawang ni...16 ringgit! 

Hah? 
Terkejut besar Ummi pun. Last beli 2-3 minggu lepas tak sampai RM10 pun, dalam 8-9 ringgit. Ini naik berganda terus. 


Segala benda dah naik harga ni, tapi setakat ni tak nampak sebarang penyelesaian yang tuntas dari pihak berwajib. Banyak isu bekalan makanan sebelum² ni pun seolah takde tindakan. Dulu beras 10kg dlm RM25, sekarang RM25-26 baru dapat 5kg beras :( Kes telur pun sama, sepapan dekat RM20. Janji kata bila bekalan stabil, harga boleh diturunkan. Entahlah, rasanya harga barang apa pun kalau dah naik tak turun² dah.

Bukan nak condemn, tapi susah hati juga memikirkan banyak mulut perlu disuap. Semuanya tengah membesar, selera tengah naik. Bila makan macam ada pertandingan; berlumba-lumba menambah nasi dan lauk 😂





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2623


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>