Ada lebihan meatball selepas masak Pasta Carbonara Homemade. Jadi, sarapan pagi Jumaat lepas Ummi masak bakso. Kuahnya Ummi tumis sebelah malam dan sebelah paginya cuma tambah meatballs.
Resepi: Bakso
Sumber: RASA
Bahan Kisar Halus
Bawang besar
Bawang putih
Lada hitam
Halia
Buah keras - rendam seketika
Bahan² Lain
Bihun - dicelur
Meatballs
Kobis - hiris halus memanjang
Bawang goreng
Daun sup - jika ada
Sos cili - Ummi ganti dengan sambal kicap
Cara Penyediaan;
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar halus hingga naik bau
2. Masukkan 2 liter air @ secukupnya. Biar hingga mendidih dan perasakan dengan garam,gula dan serbuk perisa. Ummi letak 1 kiub ayam.
3. Masukkan meatballs dan sesuaikan rasa. Bila kuah mendidih, tutup api. Siap!
Nampak pucat sebab gambar sebelum Subuh 🤭 Sarapan untuk anak³ sebelum ke sekolah. Kalau letak sos cili berseri sikit kan... Sebenarnya Ummi tersilap, pi buat sambal kicap tu sebab dok teringat nanti² nak buat soto. Sambil memikir sambil buat kerja, gitulah.
Apapun, alhamdulillah untuk rezeki yang diberi.