Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624

Pekan Ahad, Baling

$
0
0
Setelah bertahun² lamanya tak berkesempatan ke Pekan Ahad, balik kampung kali ni Ummi tak lepaskan peluang menyelusuri jalan-jalan kenangan :D Pekan Ahad ialah pekan sehari yang beroperasi setiap hari Ahad (pagi hingga tengahari). Dulu, kami ada Pekan Khamis, di Parit Panjang. Namun, seiring perubahan masa, dengan pelbagai jenis kedai, pasaraya dsbnya, Pekan Khamis hilang ditelan arus kemodenan. 

Nampaknya Pekan Ahad juga mengalami perubahan. Dulu, tapaknya besar, luas melimpah berhampiran stesen teksi Baling, Poliklinik Azhar dan tapak parkir berhampiran Pejabat Pos baru. Sekarang, ianya beroperasi di tapak pasar tani, berhampiran pasar. Keluasannya mengecil dan kemeriahannya juga turut berkurang :( 

Waktu ni hujan, tapi Ummi turun kereta juga. Abang, as usual jadi bodyguard aka tukang angkat barang :D 

Pucuk maman. 
Nak beli untuk Cik Leha tapi kami nak balik ke Jitra semalam dua. Cancel. 

Seger buger petainya. 

Inilah yang jadi idaman Ummi; ubi keling @ ubi kemili. Sekilo RM12. Sedap direbus bersama garam dan dimakan umpama makan ubi rebus atau dimasukkan ke dalam kari ayam, pengganti kentang. Kalau Ummi, Ummi rebus dan cicah bersama sambal belacan, buat ulam. 

Kacang poi. Dah jumpa Ummi beli juga sekilo, RM10. Rebus dan makan macam kacang rebus juga. 

Ikan sungai! 
Bakaq cicah ayaq asam sedap ni....

Ikan-ikan segar... 


Udang lipan, kesukaan arwah Pak Cik. 

Satu lagi hajat Ummi, kami panggil pulur (empulur) jagung. Ada juga menyebut sodek jagung. Tak silap, sebelah Kelantan disebut ketiak jagung. Pulur jagung ni sedap direbus bersama kulit dalamnya yang nipis dan dibuat ulam. Sedap juga dibuat masak lemak putih + suhun. Makngah pernah masak kari bersama ikan temenung. Walah! 

Siput kecor pun ada! 

Eh, Gulai Batang Pisang pun depa jual dah sekarang. Dulu tunggu kenduri baru dapat makan ☺️


Hujan makin lebat, jadi kami terpaksa berpatah balik. Apapun satu kepuasan bagi Ummi dapat ke Pekan Ahad yang dirindu :) 

Sebelum tu kami singgah sarapan di kedai berhampiran pasar ni...

Nasi Lemak tu ohsem! 

Murtabak panas-panas ni baru 4 ringgit. Jumlah keseluruhan kami 6 beranak makan nasi lemak bungkus, roti canai dan air pagi tu tak sampai RM30 pun! Itu yang seronok bila singgah makan di pekan kecil macam Baling ni. 

Dah la murah, sedap ya amat! Licin semuanya haha...






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624