![]() |
Terima kasih tuan rumah. |
Isnin Walid kerja 👆 Selasa traveling day. Pukul 10 baru kami gerak balik KL. Sempatlah dobi baju dulu. Sementara tunggu baju siap tu kita lepak² ...
Selesai semua, marilah kita pulang ke sarang...
Jika waktu ke Penang sesak di R&R sebab tandas sedang dinaiktaraf, waktu balik pula jalan diselenggara. Setiap kali tu adalah satu lorong ditutup. Dengan kenderaan yang banyak, makanya trafik jadi perlahan. Paling lama kami sangkut atas highway ialah dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung.
Bila dah banyak 'makan jem', mulalah perangai gila² muncul 😆
Nasi Ayam dekat Famous Zul Mee Kari ni sedap, RM7/sepinggan. Puashati dengan rasa dan porsinya, mengenyangkan.
Akhirnya selepas 7 jam Seberang Jaya - Gombak, sampailah ke Gombak. Singgah kejap KLTS ambil pokok skybird dari Mama Iffah.
Sold to Ummi la tu... MI let goRM35 je. Pokok hiasan skybird ni dah lama off seasontapi Ummi berkenan, beli la walaupun second hand ☺️
Alhamdulillah syukur semuanya atas izin Allah.
Penutup bicara;