Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2622

Rendang Kerang

$
0
0
Balik dari wedding Hazim terus ke asrama. Hujan lebat jadi bersembang dengan Abang dalam kereta je. Nak turun kereta confirm kuyup 😆 Adik³ dia pun ada yang tidur. Sebab tak dapat belanja Abang, bagilah duit extra suruh Abang beli apa yang teringin dekat kantin tu. Hujan² mesti lapar kan...

Sampai rumah nap sekejap sebelum Asar. Bangun pukul 5 gitu tetiba jadi rajin pulak 🤭

Klentang klentung terhasillah rendang kerang... Sengaja Ummi buat berkuah sikit sebab anak² suka makan berkuah. 

Isi kerang segar ni Ummi beli di Pasar Nelayan Pantai Puteri tempohari. Lupa dah akan kewujudannya pun adoiiii... Pagi sebelum bertolak ke N9 tu selongkar freezer nampak isi kerang ni. Terus Ummi letak dekat chiller. Asalnya nak buat lauk untuk nasi lemak Isnin (anak³ cuti sempena Keputeraan Sultan Selangor) tapi lepas ambil semangkuk untuk dinner malam tadi, bertambah² pulak lepas semangkuk, cedok semangkuk lagi. Tup² tinggal sikit je, tak padan nak regu dengan nasi lemak pun. Tak sangka anak³ suka rendang kerang ni. Nanti boleh beli kerang dan buat rendang lagi. 

Regu dengan cencaru goreng, asam pedas pari pojen dan timun. 

Alhamdulillah kenyang 🤲

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2622


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>