Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2622

Weekend 9/12

$
0
0
Banyak aktiviti Sabtu ni ...


Walid ke Pusrawi untuk follow up. Alhamdulillah semuanya bertambah baik 🤲

Ummi pulak bawa anak³ keluar...

Dropped off Angah di futsal court, dia nak main futsal dengan kawan-kawan dia. Ada abang Baim temankan jadi taklah Ummi risau sangat. 

Sementara tu, Ummi bawa gegirls ke Mr DIY, nak beli barang untuk perbarisan hari sukan pulak... Macam² program hujung² tahun ni 😇 

Ummi pun belilah something untuk diri sendiri, rasa nak deko-deko rumah pulak :) 

Lepas Mr DIY, ke Ameena Bee dan Canggih pula. Mujurlah anak³ semua rumah biru, senang cari setempat je. Alhamdulillah semua barang yang cikgu suruh sediakan ada belaka. Syukur kami beli awal, hari ni ramai bagitau spek putih banyak dah habis stok di kebanyakan kedai Mr DIY 🤭 

Dapat apa yang dicari, balik ke rumah sambung masak :D Masa keluar tadi ayam belum defrost jadi tinggal dulu. Balik tu baru menumis, buat kari. Elok azan Zohor, elok Kari Ayam Ummi masak. 

Hari ni tak melawat Abang, kelas tuition Math bersama tutor dari UiTM Seremban dah mula hari ni. 

Dah assigned group & tutor. 

Malam pula Abang ada briefing Ujian Kenaikan Bengkong Silat. Yang ni kena bayar RM60, bagi yang nak ambil ujian. 


Mudah-mudahan Abang berjaya ye 🤲



 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2622


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>