Menjelang Maghrib kami beredar dari Pantai Puteri dan mula mencari tempat untuk makan malam. Mula tu kami singgah di Medan Ikan Bakar Komuniti di belakang Pusat Korektional Jabatan Penjara, dekat Makam Hang Tuah. Tapi, belum buka :(
Makanya pencarian diteruskan hinggalah nampak sebuah kedai tomyam yang dah dibuka; Tomyam Husna. Lokasi tak tau sebab tak familiar dengan area sini. Tapi kedainya di jalan utama yang agak sibuk.
Kami pilih Set B, RM75.
Set B sudah mariiiiii...
First time order meal set camni, dapat air tembikai dan air epal hijau. Selalunya satu jenis air je kan, itupun yang biashe-biashe macam teh O ais atau sirap... Alhamdulillah puashati.
Adik nak nasi goreng, layannnn...
Makanan sedap, servis pun cepat dan kedainya bersih.
Sebelum balik, owner tanya datang dari mana... Bila bagitau dari SG, terus dia buka cerita. Dulu dia cook dekat Jees Seafood, Sri Gombak. Patutlah sedap makanannya 👍