Coretan kenangan buat tatapan Angah suatu masa nanti...
Alhamdulillah, berakhir sudah minggu yang penuh tekanan. Syukur semua urusan dipermudahkan oleh-Nya dan Angah juga sihat sepanjang minggu. Hikmah demam sebelum exam, dapatlah top up antibodi :D Ummi tak berapa sihat sebenarnya 3-4 hari lepas, selsema dan sakit tekak serta demam on off. Syukur, tak berjangkit dengan Angah.
Mudah-mudahan Allah rezekikan Angah dan kawan-kawan beroleh MUMTAZ dalam PSRA ni 🤲
Alhamdulillah, one chapter closed. Kita fokus pada PKSK16/10, Isnin ni. Apa boleh buat, dalam ramai² calon, Angah antara yang terpilih untuk 'rasmikan' PKSK F1 ni :D
Sudi-sudilah doakan buah hati Ummi ni ye 🤗