Hari tu berjangkit buat pulut kuning dari Mak Cella. Nampak SA masak Nasi Goreng Sardin berjangkit jugak 😅
Ini cara SA;
1. Panaskan minyak secukupnya dalam kuali. Goreng bawang putih dan bawang merah dulu hingga terbit bau wangi.
2. Masukkan ikan sardin. Goreng sampai sedikit garing
3. Masukkan telur dan kacau rata
4. Kemudian masukkan sayur iaitu buncis yang telah dipotong.
5. Masukkan sedikit sos sardin, garam dan serbuk perasa. Gaul lagi
6. Setelah itu, bolehlah masukkan nasi sejuk dan gaul sebati
Cara Ummi pun lebih kurang gini juga, cuma Ummi panaskan minyak dan masukkan telur dulu. Kacau² bagi telur hancur baru masukkan bawang² dan cili padi.
Lebihan ikan tu Ummi masak sambal sardin. Minyak berlinang sebab guna sambal tumis (baki sambal), bukan cili kisar plus minyak untuk menumis. Nanti nak makan cedok buang minyak extra tu.
Alhamdulillah, menu simple tapi sentiasa menambat selera 😁