Kisahnya, Ahad lepas kami hantar baju² terpakai ke program 👆 Tak banyak pun, baju² Adiklah yang sempat Ummi sorting. Actually ada banyak lagi tapi tak angkut pun semua sebab kami pun tak sure tempat ni macamana... Kalau Pusat Kitar Semula Komuniti di Precint 9 tu yakinlah kami nak menghantarnya sebab diuruskan oleh Alam Flora. Bukan apa, Ummi sayang kalau kita donate baju tapi baju² tu tidak diuruskan dengan sebaik-baiknya. Baju² yang Ummi hantar pun bukan baju tak elok, semuanya baju yang masih elok yang kebanyakannya let go sebab dah tak muat. Nak bagi anak² sedara, cucu² sedara pun kebanyakannya hampir sebaya, means tak muat jugalah kan...
Pakaian untuk dilupuskan...
Ada beberapa orang remaja baya² Abang yang volunteer angkat kotak dsbnya. Bagus penganjur, libatkan sekali anak² remaja 👍 Kata salah seorang urusetia, biasanya 2-3 bulan sekali diorang buat program ni. Bolehlah Ummi sorting lagi baju² yang boleh disumbangkan.
Selain pengumpulan baju, di dewan ni juga ada kebun komuniti.
Angah dapat rasa sebiji buahnya...ada pengunjung lain tolong petikkan utk dia :)
Ada jualan anak-anak pokok...
Ummi beli pokok roselle, kesum, bendi dan bunga warna biru tu ... semuanya RM28 je... boleh tawar menawar sebab depa nak jual dan replace dengan pokok-pokok lain pula katanya.
Balik rumah terus Ummi repotting pokok² ni...
Tapi, check pagi tadi dah gugur pulak bunganya. Harap² yang lain lekatlah bunganya jadi putik buah 🤲
Hidup subur ye Cik Kesum 🤗
So far, Ummi belum berjaya tanam pokok kesum ni lagi. Harapnya kali ni hidup aamin.