Di homestay ni la majlis sambutan hari jadi Lily diadakan Sabtu lepas.
Walaupun biasa lalu jalan utama Greenwood ni, tak pernah perasan pun homestay ni. Rumah corner lot di Taman Desa Minang. Dan namanya Greendoor sebab pintu utama memang dicat warna hijau. Pintu jenis melengkung, ada cermin kecik2 tu... lupa pulak ambil gambar, jadi Ummi copy dari website Greendoor sendiri.
Cantik dan dilengkapi pelbagai kemudahan di homestay ni. Dekorasi sederhana tapi rumah ni dibina seolah tuan rumah yang akan duduk, it is properly built with good quality materials. Dan nampaknya rumah ni relatively baru diubahsuai, memandangkan kawasan perumahan ni perumahan yang agak lama.
Ruang menonton, living room, dining dan kitchen semua dalam satu area; open concept. Dekat bawah ni ada satu bilik dan tingkat atas 4 bilik.
Mama Lily jemput kami house tour jadi sempatlah Ummi Walid cuci mata :)
Ada loteng..
Jom naik!
Boleh kot nak BBQ atas ni or sekadar kupi-kupi memalam atas ni. Nak kira bintang pun tak jauh sangat, tinggi loteng ni :p
Nampak ikan² duyung tengah berenang :p
Owner memang deko cantiklah rumah ni.
Halaman diletakkan artificial grass.
Modern design for bathroom.
Dekat pool pun lengkap disediakan shower, bathroom and toilet. Proper macam pool di hotel.
3-phase meter untuk support bekalan dan kegunaan elektrik. Nampaknya owner sangat menitikberatkan keselamatan penyewanya sebab rumah ni ada beberapa unit airconds dan pelbagai kelengkapaneletrik yang lain.
Tempat ni Ummi rasa kalau nak buat family gathering or small scale events macam bertunang ke, nikah ke sesuai ni... Fasiliti lengkap dan tempat pun cantik.
Greendoor @ Greenwood
1, Lorong DM1
Taman Desa Minang
68100 Batu Caves
Selangor
No Tel: 014-724 1994