Lily, classmate Adik ni birthday-nya 14/9 tapi majlisnya Sabtu lepas. Majlis diadakan di sebuah homestay di Greenwood.
Itu yang Adik super excited nak pergi event ni...
2 untuk Aniq, 7 untuk Lily. Bukan 27 ye :D
Pelbagai pilihan dan aneka rasa makanan yang disediakan oleh tuan rumah. Sedap-sedap belaka... Acik Yan, Mama Lily siap bagi jeli kelapa dan kuih bakar Kemboja untuk dibawa balik. Baik sangat depa sekeluarga walaupun kali pertama berjumpa.
Acara yang ditunggu oleh kanak-kanak :D
Ummi doakan Lily dan Aniq membesar dgn sihat, sentiasa dalam lindungan-Nya dan sentiasa menjadi penyejuk mata keluarga 🤲