Alhamdulillah hasrat untuk berkumpul anak cucu cicit Almarhumah Nenek (Tok Midah, nenek Walid/ibu Tok Umi) telah terlaksana pada 27/8-29/8/2023. Memandangkan Almarhumah Nenek orang Perak, jadi semua setuju untuk adakan majlis ni di Gopeng, Perak. Alhamdulillah semua adik-beradik Tok Umi; Tok Teh, Tok Tam dan Tok Su dapat hadir bersama anak dan cucu masing-masing.
Paklong AP penyelaras program kali ni. Dari booking tempat, kutip duit, tempah T-shirt, sediakan itinerary semua dia tapau 😆
Manakala Tok Tam berdua pula penaja program. Banyak yang depa taja antaranya tempahan makanan. Rezeki dikongsi bersama kekdahnya. Mereka bertiga ni lah orang kuat program ni. Terima kasih yang tak terhingga! Yang lain-lain pun ada sumbangan dan peranan masing-masing. Alhamdulillah masing-masing tak berkira nak menyumbang dari segala segi; tenaga, wang ringgit, masa dsbnya.
Kami sekeluarga, Tok Ayah & Tok Umi (bersama kami) dan Paksu sekeluarga berkonvoi dari kenduri Ijah di Penang ke Gopeng. Selepas 3 jam perjalanan, sampailah kami ke tempat dituju. Ikutkan nak goreng cempedak untuk minum petang, tapi Paksu singgah dulu di Batu Kurau. Hampir Maghrib baru depa sampai.
Bilik kami...
Lepas tu kita bakor²... Serah ke BBNU kerja bakor² ni... Perapan dan bahan semua sponsored by Tok Tam.
Grilled lamb tu share²... Lamb yang dah siap bakar tu kami potong kecik² agar semua dapat merasa. Makngah pilih hat banyak lemak, sebab Makngah tukang potong haha...
Biscoff Cake by Maklong Syima. Sedap! Macam² makananlah ada. Pakat bawa sorang sikit... Sambil makan sambil sembang memang seronoklah kan...
Tiba-tiba gegirls datang buat birthday surprise untuk Walid 🤩 Kek marble je, Ummi tempah dengan Maklong Syima. Dia tak berani nak buat bday cake sebab tempat gathering ni agak jauh, takut kek rosak.
Takde aktiviti khusus malam ni sekadar makan-makan, sembang-sembang. Lepas tu semua masuk tidur awal sebab masing-masing pun kepenatan.
Jumpa esok for more amazing activities!