Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2696

Popia Nestum Horlicks

$
0
0


Ini projek kuih raya Umi yang ke-2. Nampak tak Umi ni pilih kuih yang senang2 je dibuat. Sebabnya nak buat dengan anak2. Biarlah yang simple je. Umi pun malas nak susahkan diri sendiri hikhik. Nak layan karenah depa lagi, nak fokus pada kuih lagi. Baik kita buat yang straight forward je. 

Time Umi kerja dulu selalu order dengan member je kuih ni. Tak tahu pulak senang je nak buat nya. Lagipun tak terfikir nak buat sendiri time tu. Tau order dan makan je.

Umi ambil resepi Popia Nestum Horlicks ni dari blog K.Amie. Terima kasih banyak ye K. Amie. Kita copy & paste here your recipe for future reference ya. 

Credit : K. Amie.

Popia tu Umi potong dua bahagian dan gulung begitu sahaja. Umi takde chopstick. Try guna straw tapi melekat pula bila nak cabut straw tu. 


Tukang gulungnya Abang. 
Boleh tahan juga hasil kerja Abang :)


Setiap gulungan tu Umi gunting kepada 3 bahagian. Sekali ngap je bila makan nanti :p


Tetiba teringin nak makan laksam pula bila tengok gambar ni. Macam laksam kan?  

Untuk bahan yang hendak digaul, Umi guna Nestum & Horlicks 3-in-1 je. Dah puas cari tak jumpa yang serbuk, Umi ambik je 3-in-1. Jadi tak perlu tambah gula dan susu tepung. 

Nestum tu blend dulu ye.

Alhamdulillah kejadiannya sangat memuaskan hati. W/pun kurang cantik di mata tapi sangat sedap di tekak. Hahaha. 

Untuk resepi penuh, sila klik SINI. 
Again, tqvm K.Amie. May Allah bless you and your family always. 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2696

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>