Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2699

Makan Kenduri di UIA

$
0
0
Cuti sekolah dah mula... 

Hari pertama cuti sekolah kami dapat 2 jemputan ke majlis kenduri. Satu darinya diadakan di UIA. 

Selamat Pengantin Baru Asma'& Muiz 💝

Sebelum ni anak² ex-boss Ummi juga buat majlis perkahwinan di dewan ni. Jadi, kami pernahlah ke sini. 

Yang seronoknya, Ummi terjumpa anak dara ex-boss ni. Dekat 10 tahun kot tak jumpa, since Ummi berhenti kerja tu. Dulu umurnya sekitar 15 tahun, sekarang makin cantik bergaya, dah matang dan makin peramah. Bakal peguam Insha Allah 🤲

Buah tangan dari tuan rumah. 

Adik bergambar kenangan di depan backdrop sempena penganugerahan ijazah kehormat  Doktor Falsafah kepada DYMM SPB Yang diPertuan baru-baru ni. Dah 40 tahun rupanya UIA...


Majlis satu lagi kami tak dapat penuhi, bergegas ambil kereta Ummi yang di hantar service dan nak jemput Angah di tuition center. 


Sebelah pagi kami melawat Uncle Rohai, accident motor Khamis lepas. Mudah-mudahan diberi kesembuhan dan dipermudahkan segala urusannya 🤲 Doa yang sama juga untuk K, kawan sekolah Abang yang akan menjalani operation esok kerana tulang selangka patah akibat terjatuh tangga. Katanya licin akibat terpijak air. 


Masa nak balik, terserempak dengan Datin Almy Nadia dengan anak³-nya dalam lif. Sempatlah bertegur sapa. Nak ajak selfie pun baby-nya meragam. Sajalah, nak jumpa artis tu nak juga share story haha....

Cuti kali ni dah ada beberapa aktiviti/ program yang Ummi dah susun untuk anak⁴. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar 🤲









Viewing all articles
Browse latest Browse all 2699


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>