Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2688

Makan² di Rumah @ 13 Syawal

$
0
0
Cuti Hari Wesak, 4/5 lepas...


Rancangan asalnya nak buat makan² untuk Geng Main dan parents diorang yang juga merangkap jiran² rapat kami. 50-50 juga nak buat sebab Rabu tu Walid kurang sihat; pening & muntah². 

Tapi bila tengok keadaannya ok pagi Khamis, kami proceed. Ummi masak sendiri je; Sup Daging, Ayam Masak Kicap Pedas resepi resepi Mak Cella, sambal kuinin, ulam, air strawberry Cameron Highlandnasi putih, ikan masin dan koktail buah by Adik, as usual. Selebihnya Ummi order creampuffs Acik Solehah dan pulut kuning Mak Ain. 



Buah kuinin Cik Leha bagi, all the way from kampung kami, Berlin :p

Ummi rebus juga rebung Tapah tapi Cik Leha puasa la pulak bila ajak datang makan tengahari semalam tu... Sebelum Maghrib runner (baca: Angah) hantar ke rumah Cik Leha. Bolehlah buat berbuka.. 



Buah tangan dari Cik Ana, Cikja, Aunty Fiza & Cik Aida. Duit raya untuk anak⁴ tu pun dari para tetamu juga. 

Bila dihitung², hampir 50 orang juga tetamu dewasa + kanak² yang hadir. Dan kehadiran tetamu yang ramai tu sebenarnya sebab Ummi buat jemputan terbuka melalui status WA :D 

Makanya, ramai la yang serbu 😅 Geng Bas Sekolah diketuai Cik Ita, Aunty Farah & Fam, Aisyah H & Fam yang sebelum tu dah serbu rumah Cg Hazim serta IH Family dan Cg Asma sekeluargaApapun kami sangat² berbesar hati menerima kehadiran SEMUA 🤗 Rasa macam hari raya dulu², siapa nak datang, datang je....kita sambut semua dengan tangan terbuka. Dapat juga cipta kenangan untuk anak-anak generasi sekarang akan kemeriahan beramai², berbalas kunjungan serta beraya tanpa temujanji, asalkan dijemput tuan rumah. Paling menarik rasanya rombongan Cik Ita, siap naik van sekolah! Ikutkan hati, Ummi pun nak tumpang juga van sekolahnya tu. Bukan selalu kan? 

Alhamdulillah terima kasih semua yang hadir semalam. Kira² dekat 50 orang juga tetamu semalam, termasuk kanak-kanak. Insha Allah ada rezeki, peluang kita buat lagi :D 

Walaupun penat, tapi seronok! 

# Sekalung takziah buat keluarga Almarhum Ridzuan Hashim, aktor terkenal yang pernah menghiasi dunia seni tanah air yang mdijemput pulang ke negeri abadi tengahari tu.. Mudah-mudahan diampunkan segala salah silapnya dan ditempatkan rohnya di kalangan para solihin aamiin 🤲

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2688

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>