Balik sekolah ginilah gelagat anak³ Ummi...
Hari ni 19/4 sekolah dah mula cuti, sementelah KPM bagi cuti khas satu hari.
Cuaca pun tak menentu kebelakangan ni, kadang panas terik, kadang hujan dan 2-3 hari ni agak berjerebu. Eloklah cuti. Ummi pun boleh cuti juga dari tugasan menyupir :D
Ada yang dah mula bergerak balik ke kampung kan? Ambil Abang di asrama semalam pun, masa balik tu sesak juga dekat MRR2 mrnghala ke Tol Gombak. PMX bagi cuti extra pulak Jumaat @ Isnin ni...
Yang pasti Jumaat ni cuti dan Sabtu confirmraya. Kalau bukan raya pertama, raya kedua. Jangan marah aaa✌️
Hati-hati semua memandu, semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat sampai ke destinasi.