Jumaat lepas Ummi gantung kuali :) SRAI adakan majlis iftar bersama guru dan AJK PIBG bersama keluarga masing-masing. Guru dan AJK free, ahli keluarga dikenakan sedikit bayaran. Tahun lepas ada penaja, tahun ni Walidlah penaja kami sekeluarga :D
Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan tahlil yang diketuai oleh Ust Anep. Kemudian disusuli dengan sedikit ucapan aluan oleh GPK 1 dah YDP PIBG. Sementara masih ada masa, Ust DA bagi tazkirah. Pengisian yang ringkas tapi bermanfaat.
Bila Azan berkumandang, masing-masing berbuka dengan air mineral dan kurma dahulu. Kemudian solat Maghrib berjemaah sebelum bergerak untuk makan malam.
Tahun lepas diadakan solat terawih tapi tahun ni majlis berakhir selepas makan malam. Tapi, sempatlah kami solat Isyak dengan Ustaz DA. Balik rumah sambung solat terawih.
Alhamdulillah.