Perdana KLCC dulunya dikenali sebagai PNB Darby Park. Stay sini sebab nak berbuka di InterContinental Hotel minggu lepas. Nak bermalam di InterCont rate-nya >RM500, diluar kemampuan :(
Saja ambil bilik di Perdana KLCC ni sebab Jumaat tu kan SRAI cuti sempena Nuzul Quran. Abang pun boleh balik bermalam jadi ambil peluang staycation la...
Pada mulanya tidaklah kami harap wow sangat hotel ni, tapi bila sampai tu terus rasa fuyyo... Haha...
Lobinya sangat luas dan cantik...
Ummi suka sangat hiasan bunga orkid. Nampak ekslusif.
Sampai di bilik, bertambah kagum kami...
Ada dapur siap dengan electric stove, microwave, peti ais 2 pintu dsbnya.... Lengkaplah sebagai sebuah dapur...
Rupanya bilik kami ni One Bedroom Deluxe (Queen Bed). Jadi kami ingat dapat bilik hotel macam biasalah :) Alhamdulillah rezeki Ramadhan..
Kat ruang tamu ada TV, dalam.bilik pun ada TV 🤩
Saiz bilik sangat luas. Seandainya tiada living room, dapur dsbnya bilik ni saja pun dah cukup selesa buat kami berenam. Kiri dan kanan katil tu boleh dijadikan ruang tidur untuk boys dan girls.
Bilik air ada bath tub jadi dapatlah gegirls berendam. Kolam renang juga ada tapi memandangkan puasa, berendam dalam bath tub cukuplah.
Balkoni depan boleh nampak Masjid Syakirin KLCC yang sedang diperbesarkan dan juga Menara KL. Cantik sangat view-nya cuma balkoninya dikunci, untuk keselamatan rasanya. Bilik kami di Tingkat 22, dari 39 tingkat kesemuanya.
Malam tu kami bertarawih di bilik saja memandangkan pukul 9 baru beredar dari InterCont. Kalau rajin nak ke Masjid Syakirin boleh, nak ke surau Menara Tabung Haji juga boleh untuk solat berjemaah. Kedua-duanya walking distance sahaja.
Nampak tak Menara KL tu? Ralit pulak nampak lampu Menara KL tu bertukar-tukar color :D
Alhamdulillah selesa sangat menginap di sini. Staff, service, facilities, location semuanya terbaik. Rate RM315.70 nett, direct booking dengan hotel.
Perdana KLCC
10 Jalan Binjai
50450 Kuala Lumpur
Tel: 03 7450 3333
Website: www.perdana.attanahotels.com