Carneyz ada kongsikan tentang caruman i-Sayang yang diperkenalkan oleh EPF dimana suami boleh mencarum 2% dari potongan EPF -nya kepada isteri (dimasukkan ke dalam Akaun 1 isteri). Alhamdulillah satu lagi inisiatif baik dari kerajaan untuk menjamin masa depan golongan suri rumah.
Selain dari i-Sayang, ada satu lagi caruman yang boleh dihadiahkan oleh suami kepada isteri 🤗 Ianya adalah Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) yang diperkenalkan oleh PERKESO sejak Disember 2022.
Takrifan suri rumah menurut PERKESO adalah;
Orang bujang pun boleh mencarum tau! Syaratnya umur < 55 tahun.
Ada banyak manfaat yang bakal diterima oleh para pencarum termasuk Pencen Penakat kepada balu (suami) dan anak-anak sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini.
Bab pencen yang disediakan oleh PERKESO ni bagi Ummi sangat² membantu waris yang ditinggalkan.
Banyak lagi faedah lain yang disediakan menerusi SKSSR ni. Boleh rujuk PERKESO untuk maklumat lanjut. Pendaftaran juga sangat cepat, on the same day diluluskan. Bayaran diperlukan ialah RM120/setahun (in advanced/pre paid). Selepas setahun, renew. Once in always in concept. Maknanya tak bolehlah nak cancel ke tarik diri ke once dah daftar. Ala, kata sayang :p
Bercerita pasal caruman EPF, PERKESO ni Ummi nak share satu cerita betapa pentingnya kita mencarum bila mula bekerja dan pastikan gaji kita ada potongan EPF. Ada kawan Ummi mengadu, dia kerja tapi sebab tiada caruman EPF, tak dapatlah nak rasa duit i-Sinar dsbnya tu. Kerjanya lebih kepada jadi pembantu kedai, kerja katering sebegitu dan mungkin dia pun tiada kesedaran jadi tidak pernah mencarum dengan EPF. Untuk adik-adik yang baru masuk dunia pekerjaan, pastikan anda mencarum dengan EPF dan PERKESO ye. Begitu juga bagi yang bekerja sendiri. Skim yang wajib ada, yang sukarela macam SKSSR pun ada. Sekarang ni ibu bapa juga dah boleh buka akaun EPF untuk anak-anak seawal usia 14 tahun.