Sambung coretan ke Pantai Timur bulan lepas, sempena majlis pertunangan Abg Aqim.
Setelah melewati perjalanan yang panjang, kami sampai di Bandar Gua Musang. Usai lunch, kami terus menuju ke
Masjid Razaleigh yang terkenal kerana binaan masjidnya diiilhamkan dari Masjidil Haram Mekah.
Tentang replika Kaabah tu, Ummi baru tahu akan kewujudannya. Ingatkan binaan masjid sahaja yang menyerupai Masjidil Haram, tak sangka ada Kaabah juga.
Selesai solat kami meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya. Bila dah bergerak meninggalkan Gua Musang barulah Ummi teringat, Ummi nak ziarah masjid buluh sebenarnya!
Ada rezeki lain kali nak singgah di masjid buluh pula.