Besar hati Ummi bila Carneyz sudi datang ke kenduri kami Sabtu lepas.
Macamana kami kenal?
Untuk makluman, Carneyz-lah rakan blogger yang telah menawarkan tempat tinggal kepada kami semasa diuji kehilangan tempat tinggal buat sementara waktu tahun lepas. Sejak tu terbit bibit ukhuwah antara kami. Walaupun jarang berhubungan (kecuali di blog) tapi budi baik beliau sekeluarga sentiasa kami ingat. Terharu sungguh bila ada orang yang hanya kenal Ummi di blog sudi tawarkan tempat tinggal.
Cantik tau rumah Carneyz ni. Anak² siap baring dekat bilik tidur kids tu. Rindu dengan rumah sendiri agaknya 😅 Maklumlah masa tu dah hampir 2 bulan (hari ke-57) kami duduk menyewa.
Alhamdulillah, rumah tu dah ada pembeli. Kata Carneyz tak lama lepas beliau offer kepada kami tu, ada orang beli dah. Alhamdulillah Ummi tumpang happy dan syukur. Rumah tu khabarnya dah setahun lebih berada di pasaran. Mungkin berkat keikhlasan hati beliau suami isteri nak mudahkan urusan kami waktu tu, Allah permudahkan pula urusan beliau sekeluarga. Syukur hanya pada-Nya.
Semoga ukhuwah kita terus berkembang mekar ye sis. Begitu juga untuk semua rakan² blogger yang lain 🤗