Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Cuti Sekolah Day 9 ~ Ke KT pulok :)

$
0
0
Usai majlis pertunangan Abg Aqim, kami bergerak ke Kuala Terengganu (KT) melalui Tok Bali - Kuala Besut - Permaisuri - Penarik -  Merang - Kuala Nerus - Batu Rakit - KT. Sebenarnya memang ada dalam plan road trip kami untuk ke tempat² ni. Alhamdulillah Allah bagi rezeki dan peluang lebih awal, syukur. 

Ke kanan kita...

Tersergam  megah Kompleks Pengajian Pondok Yayasan Islam Kelantan (YIK)

Sekitar jam 1.30 t/hari kami sampai di Tok Bali. 

Replika bot sebagai mercu tanda. 

Singgah di Pantai Bisikan Bayu yang letaknya berhampiran Tok Aman Bali Resort. 

Pantainya cantik, landai... Tapi sekarang air pasang, ombak besar bergulung²...tak berani nak ke gigi air pun. 

Sepanjang jalan utama berhampiran pantai ni ramai nelayan menjual lokam segar. 

Sata.

Masuk negeri Terengganu dah...

Deretan bot di Kuala Nerus. View sangat² cantik di sini. 


Singgah cuci mata (dan dompet 😅) di Luth Brothers, Kuala Nerus. Kedai bundle ni glamour kata Walid, featured in YTC Pekin Ibrahim. 

Di roundabout ni kami ambil ke Tembila/KT.

Excited jumpa kampung nama Fikri. Selalu orang je nama Fikri :) 


Sampai di Penarik meriah dengan gerai ICT - Ikan Celup Tepung. Tak berhenti sebab kenyang lagi makan nasi kenduri tadi. 


4.50 ptg sampai KT alhamdulillah. Merasa lalu Drawbridge

Terus ke Pasar Payang dulu, Ummi nak shopping ☺️ Di KB tak sempat ke Pasar Khadijah. Hajatnya nak cari telekung. 

"Pakcik ni ajak Angah duduk sini Ummi"😊
Ramah sangatlah tu...

Adik dah merengek nak ke pantai, bawalah ke Pantai Batu Buruk.

Di sini pun ombak kuat. Memang bukan time mandi pantailah agaknya, pertukaran monsun. Hujan tapi anak² nak juga turun ke pantai. Layankan je... Nak makan ICT di sini tapi berat hati, pernah terkena dulu; balls masam dan harganya mencekik. Jadi, terus cari kedai untuk early dinner. 

Lepas dinner, terus masuk bilik berehat. 


Alhamdulillah hari yang panjang tapi lancar 🤲






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2718

Trending Articles


Seorang rentung, dua cedera parah selepas kapal terbakar


Cerita Jebat dan Ariana Rose


Prosedur Akuan Sumpah untuk Bakal Guru


Novel : Kahwin Ganti 1


Novel : Perempuan Lindungan Kaabah 1


Pantun Tegur...


SESCo, polis serbu rumah terlibat curi kuasa elektrik


Kampung Sindang Baru gembira mendapat gelanggang futsal


Video Nakal Zaquan Adha Tersebar; Itu Antara Saya Dan Suami! - Ayu Raudhah


Sarapan ZUS Coffee - Delivery Menu



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>