Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2723

Jamuan Pengawas & Jamuan Halaqah

$
0
0
Simpan sini kenangan hari² akhir sesi persekolahan 2022/23 anak⁴ untuk tatapan di kemudian hari. 


Untungnya jamuan Abang Ummi tak payah masak hehe .. Pihak PIBG mohon sumbangan untuk belikan anak² ni sate tak silap. Lupa dah Ummi pun, banyak sangat jamuan 😁

Kena pakai baju kebiru-biruan. Abang pinjam kurta senior katanya. Pandai²-lah bawak diri ye nak, bila di asrama:D 

Untuk jamuan halaqah, pun Ustaz minta sumbangan ikhlas. Alhamdulillah kali ni makan KFC depa... 15/2 hari tu...


Ustaz juga belikan kek. Rezeki Abang dapat guru halaqah yang rajin meraikan anak² halaqahnya. 

Dan hari terakhir F2 ditutup dengan Dialog Prestasi Murid. Kali ni ambil report card di kelas masing². Lebih cepat dan teratur berbanding mid term dulu. Selain jumpa Cg Suraiya selaku guru kelas dan guru subjek Geografi, Ummi bawa Abang jumpa guru halaqah dan guru Maharat Al Quran. Walaupun prestasi Abang jatuh, bukan lagi top 10 kali ni tapi secara keseluruhan okay. Tapi dia kena usaha keras berkali ganda lagi sebab ramai yang dah mula mengorak langkah dan dah dapat momentum untuk belajar esp girls. Boys masih banyak main², termasuklah anak soleh Ummi ni. 

Nak juga dia layan Ummi, posing depan kelas :) 

Sayang Abang ❤️ 

P/S: Sayang tu sayang jugak tapi janganlah banyak main sangat. Kata nak jaga Ummi dah besar nanti :p 


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2723


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>