Rejab sudah menghampiri penghujung. Akan disusuli dengan Syaaban dan kemudiannya bulan Ramadhan yang mulia.
Rata² masjid/surau dah mula sediakan tabung Ihya' Ramadhan dan membuka slot untuk tajaan berbuka puasa di moreh.
Mengambil inspirasi, kami juga telah melancarkan tabung Ihya'Ramadhan diberi rumah ☺️ Tujuannya tidak lain untuk diinfaqkan bila Ramadhan tiba nanti.
Anak³: Kita nak buat apa dengan duit tabung ni nanti Ummi?
Ummi dah siap jawapan dah;
1) Kita buat sedekah di bulan puasa nanti - pahala berganda-ganda
2) Kita beli makanan/bahan mentah untuk sedekah - pahala bagi makan orang berpuasa sama dgn pahala org berpuasa tersebut tanpa mengurangi sedikit pun pahalanya (orang yg berpuasa tersebut)
Setakat ni yang rajin bersedekah dalam tabung ni ialah Adik. Kadang 10 sen, kadang 20 sen :D Takpe dik, Allah suka amalan yang dilakukan secara istiqomah.
Sekadar usaha kecil untuk lebih memaknai sedekah dan kemuliaan Ramadhan.