Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2734

Al Fatihah ~ Bang Cha

$
0
0

Sejak Khamis, Ummi dimaklumkan keadaan Bang Cha, abang ipar Ummi (Pakngah for the kids) tenat. Makngah yang sedang berada di Kajang terus bergegas ke Hospital Taiping bersama Kak Yantie (sedang menunggu hari untuk bersalin). Ummi dan Walid pula terus on standby mode. Anything happens kami akan terus ke sana juga. 

Mulanya Pakngah dikhabarkan akan ditidurkan (intubated) tapi memandangkan keadaannya agak kritikal arwah diberi suntikan morphine untuk menenangkan dan meredakan keadaan. 

Akhirnya sekitar jam 2.40 pagi Jumaat 10 Feb bersamaan 19 Rejab 1444H Pakngah kembali ke negeri abadi akibat kanser hati. 

Persinggahan akhir arwah. Usai solat Jumaat, disembahyangkan dan dibawa ke tanah perkuburan berhampiran.  

Berlinang airmata saat talkin dibaca. Disamping terkenang kebaikan arwah, tersentuh hati ini bila suatu hari nanti masa kita pula akan tiba. 

Melihat seorang demi seorang ahli keluarga terdekat meninggal sangat memberi kesan dalam diri. Adakalanya rasa sangat 'down':( Tapi itulah sunnatullah, dunia ini hanya tumpangan. Tempat abadi kita di sana, bukan alam yang fana ini. Moga kami sekeluarga (dan kita semua) akan kembali berkumpul di syurga kelak. 

Al Fatihah buat Bang Cha. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2734