Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2706

Kenduri Adik Kak Yan

$
0
0

Anak bongsu arwah Makngah Jamiah selamat bernikah dengan pasangannya semalam (Sabtu). Majlis nikah diadakan di rumah Kak Yan, anak sulung arwah dan Pakngah Umar. Dalam ramai-ramai anak arwah, Kak Yan agak rapat dengan kami khususnya Tok Umi. Biasalah, anak sulung ni orang selalu ingat namanya. Oleh tu tajuknya Ummi letak kenduri Adik Kak Yan, senang nak ingat :D 

Semalam 8/1 pula majlis kendurinya. Lama betul Ummi tak ke Bandar DiRaja Klang, dah ingat-ingat lupa bandarnya. Zaman U dulu selalu ikut Momi Zya ke rumah makcik-makciknya di Klang ni. Semua tempat pun dah berubah wajahkan? 

Tahniah Yana & pasangan 💝

Cantik sangat venue ni .. Rumah banglo yang memang disewakan untuk majlis keraian. 


Pelamin ada dalam rumah. Ummi sekadar jenguk, malas nak buka kasut :) Kami sampai awal sebab ada urusan lain, jadi pengantin pun belum bersanding waktu ni. 

Ada Sambal Tempe & Kentang, jadi Ummi ambil nasi putih. Sambal ala ayam penyet tu apa namanya ye? Yang ni 👇

Memang sedaplah, ada ikan masin bulu ayam sekali. Mujur tak bertambah nasi 🤭

Dessert dan laksa. Ada macam-macam lagi kuih-muihnya. Ummi ambil apa yang nak makan je. Sekali, karipap kena kebas dgn Walid, kuih seri muka dan kuih lapis Adik habiskan :D 

Enjoy je dia makan kuih lapis tu 

Memang meriah kenduri ni. Selain nasi kenduri, ada pelbagai pilihan makanan berkonsepkan stall; cendol, kuih-muih, laksa, air balang... Tahniah Kak Yan, grand majlisnya 👍

Paling win of course kehadiran  saudara-mara (adik beradik, ipar duai, anak2 saudara arwah Makngah) dari Balik Pulau 
(Geng Balik Pulau-GBP) dengan menaiki bas yang disewa khas. Time UmmiWalid kahwin dulu pun GBP datang naik bas juga. Mana-mana kenduri, jika dijemput depa akan hadir dalam kumpulan yang besar begini. Tumpang bahagia tengok muafakat adik beradik sebegini.  

Semoga berbahagia selalu hendaknya buat kedua mempelai 🤲 

"As long as there is chocolate, there will be happiness" 

Selamat Pengantin Baru 💝


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2706

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>