Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624

Tambah Mata 😉

$
0
0
Ummi suka membaca. Antaranya buku dan surat khabar. Walaupun boleh baca secara online tapi lagi puas kalau dapat pegang buku tu. Bau buku tu pun boleh hilangkan stress :D Cumanya kebelakangan ni malas nak membaca sebab mata terasa kabur. Lagi satu, susah nak baca terjemahan Al Quran sebab tulisan nampak kembang je. Alhamdulillah, ayat Al Quran masih nampak sebab tulisannya tebal.

Tapi, sebab rasa diri masih muda, taknaklah buat pemeriksaan mata 🤭 Walid pula dah setahun mendahului Ummi :D 


Hinggalah Isnin kelmarin, since Walid cuti ajaklah pergi opto. Ada satu kedai, Samsia Optometry di Prima Sri Gombak ni, kedai baru juga. 

Lawa kedainya, umpama masuk kedai emas hihi...



Mula-mula check mata; alhamdulillah tidaklah teruk pun mata Ummi ni. 

"Baru nak mula (tanda-tanda awal)"kata staff bertugas

Silau sikit, rabun dekat sikit 😁

Akhirnya Ummi diminta pilih spek. Katanya selepas seminggu siaplah. Alhamdulillah selang sehari (12/10/22) dah siap spek Ummi. 

Lawa tak? 
Frame jenama Melody. BBNU, kita pilih jenama biashe-biashe je :p Ada offer lens + frame RM249. Ummi bayar deposit RM100.

Baru tau spek pun ada yang branded kan; Revlon, Bonia... Ingatkan jenama-jenama ni untuk sunglasses je. 

Untuk membaca, buat kerja di laptop sesuailah spek Ummi ni. Kalau jauh dari level ni kena buka spek. Nampak tinggi rendah, besar kecik besar kecik segala objek di depan. Yang tak best-nya, nak alih pandangan dari handphone ke TV pun nanti skrin TV tu nampak kembang je. Kena angkat spek baru line clear 😂 

Selain suasana kedai yang selesa, staff sangat mesra, sopan santun, dan helpful.  

Satu lagi cawangan di Saujana Rawang. Di Prima Sri Gombak ni sebelah My Home Hotel, berhadapan dengan Bank Islam dan berjiran juga dengan Pustaka Rakyat. 

Sikit-sikit Allah ambil semula nikmat yang dipinjamkan-Nya. Begitulah, tua mengejar kita :D 
 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>