Usai urusan persekolahan anak3, balik ke rumah. Hari yang cerah, sidai baju di rumah. Jika mendung, bawa ke laundry untukdikeringkan. Homestay SG tidak sediakan ampaian, sekadar towel hanger.
Sambil menyidai kain, sambil melayan bff kecil, Rizqi:) Manja pulak hari ni, minta didukung.
Sekali terpandang tayar kereta. Flat ni... Semalam Walid dah tolong isikan angin, hari ni kempis teruk :(
Kalau Walid tiada, minta tolong brother ni isikan angin tayar...
"kawan mari...ada sihat?' Tegurnya sambil tersenyum lebar :D
Syukurlah Ummi perasan tayar ni kempis bila semua urusan sekolah anak3 dah selesai. Kalau tidak, mesti gelabah 😅
Usai segala kerja di rumah, bawa Queen ke bengkel. Dalam hati nak ke bengkel Tauke Leong di Bolton. Ikut jalan belakang, lalu Konoha Tyres tapi belum buka. Teruskan perjalanan, nampak bengkel Continental ni dah buka. Terus berhenti.
Bocor ...bocor... Sambut pekerja yang kebetulan tengah kemas bengkel yang baru dibuka.
Cukup setakat tampal je alhamdulillah.
الحمد لله على كل حال