Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624

Ber-steamboat di Rot Thai Sri Gombak

$
0
0

Meraikan Abang dan Adik Walid belanja makan steamboat di Rot Thai Sri Gombak. Lokasinya di ground floor Urban 360, berhampiran tapak pasar malam Sri Gombak. 

Khemah kuning tu sentiasa penuh dengan pelanggan malam-malam. Ini yang membuatkan kami ikut teruja nak cuba makan steamboat di sini.

Kami minta kuah sup 1, Tomyam 1. Ada extra charge untuk kuah tomyam tu. 


Rendang ayam dia superb 👍 


Seronok bila Abang dah besar ...dia tukang serve Ummi hehe ... 






Harga dewasa RM30/pax dan kanak-kanak <12yo RM20/pax. Harganya berbaloi dengan pelbagai pilihan makanan yang disediakan. Makanan pun sedap-sedap. Kedai bersih dan lokasi juga strategik, ample parking space. 

Cuma, dari segi PR & customerservice kena banyak improve. Kami dah booking table thru phone, bila sampai takde nama. Jadi, buat reservation sekali lagi dan booked table. Nak yang privacy sikitlah. Nanti lepas Maghrib kami datang semula. Eh, bila datang semula nama ada tapi table yang kami booked tadi dah diambil orang. Syukurlah masa tu masih ada meja kosong. Dekat kipas :p 


Bab harga pula, personally berbaloi sebab pilihan makanan sangat banyak dan pelbagai. Masalahnya, sekarang cepat kenyang 😂 Masuk 2nd serving dah sengkak. Terasalah rugi disitu kan...  Alhamdulillah makanan yang kami ambil tu semua habis cuma itulah, yang kami makan tu rasanya tak sepadan pun dengan 30 ringgit sorang. Dah tak berapa muda ni, makan pun tak boleh lebih-lebih, banyak-banyak 🤭 Jealous pulak tengok anak-anak muda angkut makanan penuh piring hihi .. Abang pun apa kurangnya, memang fasa tengah berselera makan :D Seronoklah bawa dia makan buffet. 

Rot Thai Steamboat & Grill
B-G04, G360 Jalan Makmur 
Taman Sri Gombak
68100 Baru Caves
Selangor Darul Ehsan



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2624


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>