Sementara tunggu baju yang dikeringkan siap, Ummi singgah bersarapan di Kafe Jemuju Kasih, berhampiran kedai Donut Kotak tu. Dulu namanya lain, dah banyak kali bertukar tuan. Sampai Ummi pun dah lupa apa nama-nama sebelum ni. Pernah buat entry pun.
Teringin nak makan nasi kerabu. Sayang, solok lada takde. Cili untuk dibuat solok tu takde kata Akak kedai. Selain tu ada pelbagai pilihan menu sarapan lain; nasi lemak, nasi dagang, nasi goreng, mee goreng dsbnya.
Mummy Ayu pun khabarnya makan nasi kerabu juga pagi tadi, sebab hari ni hari Rabu katanya haha... Get well soon ye MA.
Beli juga kuih-muih ni untuk makan petang-petang nanti...teringin nak makan kuih koci dan kuih nona manis tu 😋 Hjh Amy panggil kuih Pas, sebab hijau putih haha...
Makan santai-santai, kenyang sampai ke tengahari alhamdulillah. Selesa kedai ni, geng mak-mak pun ramai juga. Ummi je makan sorang-sorang hehe ...
Elok habis makan, baju pun dah nak siap dikeringkan...