Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2741
↧

Abang ~ Musabaqah Peringkat Sekolah II

$
0
0
Alhamdulillah ada rezeki anak kesayangan Ummi ni naik pentas terima hadiah untuk Musabaqah tempohari. Dapat masuk final hari tu pun Ummi dah syukur sangat. Yang penting nak bina keyakinan diri dan raih pengalaman di samping dapatlah murajaah juzuk-juzuk yang dah dihafal. 

Bila guru kelas, Ust A share keputusan dan gambar, gembira tak terkatalah Ummi ni :D 

Dapat tempat ke-4 alhamdulillah. Luth dapat Naib Johan. Keempat-empat ni satu dorm pulak tu :D Walaupun Ustaz kata kualiti hafazan rendah tapi takpa, rezeki depa. Yang penting dapat pendedahan dan pengalaman berharga. 

Gugup katanya...
Sebab tu exposure tu penting. 

Tempat ke-4 (Lelaki, Juzuk 1-7)

Naib Johan (Lelaki, Juzuk 1-7)

FI, classmate diorang dapat Naib Johan (Perempuan, Juzuk 1-3)

Dapat sijil dan wang tunai. Tak sangka ada hadiah, hatta no 4 pun. Rezeki Abang alhamdulillah. Terima kasih banyak Ustaz atas dorongan, tunjuk ajar dan bimbingan.

Bergambar bersama Ust AR, guru halaqah Abang. Kata Abang, halaqah depa tempat ke-4 terbaik dari 20 halaqah yang ada. Patutlah Ustaz pun dapat sijil :D 

Mudah-mudahan lebih banyak kejayaan menanti Abang di hadapan 🤲

Kusyuk menikmati nasi goreng Ummi. Happy sampai tak pandang dah takoyaki Walid beli tu. Ziarah sempena cuti Hari Malaysia. Tak puas dan rindu sebenarnya nak luangkan masa dengan Abang sebab dia balik awal ke asrama minggu lepas.


↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2741

Latest Images

Trending Articles



Latest Images

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>