Pagi Ahad kami bersarapan di rumah Maksu. Tok Umi dan Tok Ayah dah bertolak ke Tasik Banding sebelum Subuh lagi. Sekejap je dapat jumpa depa.
Maksu beli nasi lemak bungkus, kuih-muih dan roti Arab. Ummi pula goreng mee Lada hitam dan panaskan nasi goreng Uda malam tadi.
Bila mak ayah takde tu, sempoi je kami bersarapan... Bersembang je yang lebih hihi... Time ni lah nak membawang :p
Letih berborak, Maksu bawak ke belakang rumahnya ... First time ni Ummi ke belakang rumah depa.
Teruja bila nampak pelbagai tanaman di sini. Paksu tukang tanam, Maksu tukang petik ja. Paksu ni tangan sejuk macam Tok Ayah. Subur-subur tanaman depa 😍
Pokok Lemuni
Daun pokok ni digunakan untuk buat nasi lemuni, hidangan istimewa negeri Jelapang Padi. Istimewa sungguh sampai Ummi pun belum pernah rasa ☺️
Ketumbar Jawa
Selain untuk tujuan perubatan, daun dan batangnya boleh dimasukkan ke dalam masakan tomyam. Aroma dia lebih kuat dari daun ketumbar biasa. Kata Maksu, kedai tomyam banyak guna daun ketumbar Jawa ni. Patutlah sedap!
Maksu sebut cemumaq :p Nama lain semeru. Inilah ulam favorite Ummi. Sedap pucuk cemumaq ni. Lemak-lemak gitu rasanya. Benih depa ambil di kebun Tok Ayah. Nanti ada masa nak pi cari jugalah:D
Pokok-pokok di atas pertama kalilah Ummi tengok. Sebab tu excited sungguh :D Tanam pun dalam pasu je tapi boleh hidup subur.
Lamanya Ummi tak makan ulam daun cekur ni. Dulu-dulu rajin ke Pasar Tani Melawati... sekarang dah malas... Situ banyaklah ulam-ulam kampung macam ni.
Subur kan? Ummi tanam sekali je hidup :( Dok semai lepas tu, dah taknak hidup pulak.
Pokok Kesum
Pun sama, tak berjaya lagi menanamnya walaupun dah cuba pelbagai kaedah.
Letak dalam cucur atau mee sedap ni.
Selain tu, pokok-pokok hiasan pun banyak Paksu tanam...