Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2695
↧

Hasil Mesyuarat Tingkap 🤭

$
0
0
Petang kelmarin Adim bagitau maknya nak ajak berbual. Ummi pula baru sampai di rumah, stuck dalam traffic jam di Greenwood tu. Biasalah, hari Rabu ada Koko, keluar sekolah lambat. Kenyanglah 'makan jem' :D 

This is Greenwood. 
Saja share dengan kawan-kawan yang belum pernah sampai di sini :D 

Jadi, pagi semalam baru ada peluang nak berborak. Topik? Ala, sembang mak-mak... Pasal kucing, pokok, hujan dsbnya... Memang sembang kosong je sebab dah lama tak berborak. Kebetulan Cik Leha pun baru balik dari despatched barang, singgah juga berborak.

Cik Ana (mak Adim) beli jiwa Ummi dengan nasi lemak haha ... 

Sambil sembang-sembang Cik Ana belek-belek pokok-pokok Ummi. 

" Pucuk labu ni buat masak lemak sedap ni.."
" Pucuk ubi ni campur pucuk keledek ni rebus buat ulam pun sedap..."
" Padi ni masak dah ni ... Ambillah, boleh buat bubur ..."

Elok je depa 2 balik... Ting! Ummi dapat idea 💡

Petik pucuk ubi, pucuk kadok, pucuk belalai gajah, bunga betik secoet dan daun kunyit. Bunga betik tu teringin nak buat tumis pedas macam Mamacella, tapi sikit sangat bunganya. 

Tadaa ...


Jadilah Masak Tempoyak Daun Kayu. 

Inilah hasil mesyuarat tingkap pagi semalam hihi ... 

Alhamdulillah, dapat merasa sorang sikit. 





↧

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2695

Trending Articles