Tok Umi & Tok Ayah dapat tiket ke Langkawi, selepas hit sales target. Tok Umi ni aktif berniaga w/pun dah 7-series :D Pesara guru, dah biasa aktif dari muda. Bila dah pencen Tok Umi tetap aktif.
Walaupun dah biasa ke Langkawi tapi Tok Umi tetap nak join group trip yang dianjurkan pihak syarikat. Btw, Tok Umi jual produk kesihatan.
Kiriman ni sampai beberapa hari lepas...
Tak sah pergi Langkawi tak bawa balik coklat sebagai buah tangan kan? Khusus untuk Ummi dapat sudip Tefal 2 batang. Bila nak rasmi tak tahulah. Sebab Ummi ni jenis selagi yang ada tu boleh digunakan, Ummi akan guna dan simpan yang baru ni. Apapun syukur atas pemberian.
Ikut kata Tok Umi, trip ni seronok sebab banyak aktiviti. Salah satunya mereka dibawa ke satu extreme park. Ada few photos yang Tok Umi shared antaranya main ATV dengan Tok Ayah. Itu ok lagi, ada satu video tu Tok Umi joinedzip bike activity, kayuh basikal atas tali tu. Seram Ummi tengok 😅 Kalau suruh Ummi pun belum tentu Ummi mampu. Gayat!
Sebelum puasa hari tu dapat tiket ke Pulau Redang. Tok Umi & Tok Ayah ikut ber-snorkeling.
Seronok tengok my PIL, ke sana sini berdua, menggunakan nikmat sihat dan kelapangan masa yang ada bukan sahaja untuk menikmati hidup, tapi juga dalam menyediakan bekal untuk ke sana. Puasa sunat sama-sama, pergi mengaji pondok sama-sama... Moga Tok Ayah dan Tok Umi sentiasa diberi kesihatan yang baik dan kelapangan dan kemudahan dalam segala urusan.
الحمد لله الذي بنعمته تتم الصالحات 💚