Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2616

Buffet Lunch @ Ramly Bistro

$
0
0
Akhirnya, hajat nak cuba buffet lunch di Ramly Bistro tertunai.

Sebelum hantar Abang balik ke asrama Ahad kelmarin (12/6), kami makan tengahari di sini. Sampai sekitar jam 1.30, reserved table dulu kemudian bagitau staff situ nak solat Zohor sekejap di Masjid Saidina Hamzah tu. 


Syukurlah kami buat reservation awal, sebab buffet lunch ni hanya setakat jam 2.00 ptg, w/pun di banner katanya hingga jam 3.00 ptg. Kiranya kami sekeluarga last group yang dapat  makan buffet ni, hari ni. Selepas pukul 2, buffet dibuka untuk staff. Nampaklah staff yang habis shift (agaknya) ambil makanan di buffet table tu. Yang baru sampai pula ambil giliran tugasan masing-masing. 

Menu sama je masa berbuka di sini Ramadhan lepas. Ada buah oren dan sejenis minuman sejuk dan air kosong. 



Dessert tak disediakan dalam pakej buffet jadi Ummi ordered aiskrim Vanilla  Bandung & Jagung. Harga setiap satu RM5.  

Dari segi rasa, layanan dan keselesaan memang terbaiklah bagi Ummi. Kalau ada sajian lauk-pauk kampung lagi wow pada Ummi :) Apapun alhamdulillah tercapai hajat berkongsi rezeki dengan suami dan anak4. 

Puashati kalau bawa Abang keluar makan. Semua dia makan :D 

Dah kenyang tu, jom Ummi hantaq balik asrama hehe ..


See you again Abang 😘



Viewing all articles
Browse latest Browse all 2616


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>