Busy kami suami isteri semalam ☺️
Tahun ni UPKK akan diadakan seperti sebelum PKP. Akan ada ujian bertulis macam Abang dulu (2019).
Jadual peperiksaan pun dah keluar...
Ini pula perancangan sekolah untuk kecemerlangan UPKK. Mudah-mudahan segala yang dirancang dipermudahkan-Nya 🤲
Manakala, Walid pula ambik giliran menghadiri Mesyuarat PIBG di sekolah Abang.
YB Menteri Agama tak datang pun, hantar wakil. Nampak dalam TV, beliau ada event di Terengganu semalam.
Kata Walid, sambutan ibu bapa sangat menggalakkan alhamdulillah. Ada pemilihan AJK PIBG, setiap tahun. Sesi lepas ayah Nawal terpilih jadi YDP (undian online). Tahun ni beliau undur diri sebab banyak komitmen lain dan tuntutan kerja hakiki. Sewaktu beliau jadi YDP PIBG SRAI dulu, sumbangan dan ketokohannya sangat menonjol. Walid pula tercalon untuk jadi AJK. Tapi, undian memihak kepada bekas pelajar batch pertamaSMKA ni. Terbaik!
Sibuk dengan program/mesyuarat dan tuition Angah sebelah petang, terlupa ada jemputan open house. Maaf ye Nuzul,
Ummi lupa.