Memandangkan hari Jumaat tu penat memasak secara back-to-back untuk jamuan raya sekolah dan office, makanya malam tu ajak Walid makan di luar. Nak makan tomyam ..
Walid tanya nak makan di Jees ke Wira, Ummi ikut aje. Balik dari kerja Walid terus singgah di Jees Seafood Sri Gombak buat reservation. Di Wira biasanya lebih crowded. Kami nak makan dalam suasana lebih tenang dan selesa. Lama ni mengidam nak makan tomyam. Asyik-asyik layan mamak je, sebab depa je yang buka lepas raya hari tu...
Kami ordered ;
Tomyam Ayam
Siakap 3 Rasa
Sup Sayur
Telur Dadar
Nasi Putih
Teh O ais & Teh Ais
Total: RM106
Paling sedap Siakap 3 Rasa tu. Walaupun agak pedas tapi anak3 boleh makan. Lauk tomyam dan sup sayur tu kami bungkus bawa balik sebab masih banyak berbaki. Bahagian yang tak termakan ni selalunya Ummi anggap portion Abang ☺️ Kalau Abang ada sekali, confirm tak berbaki :) Hati ibukan, tetap ingat anak.
Alhamdulillah, finally our craving for tomyam was satisfied :D