Tak rancang pun nak ke sini, apatah lagi pada hari raya. Tapi, bila lalu di sini pada Hari Raya ke-2, nampak 'ramainya orang bersukaria'dan muzium pula dibuka, jadi kami pun singgah.
Untuk ke pintu utama muzium, kena naik tangga yang agak tinggi. Mungkin ada laluan lain untuk warga emas dan OKU sebab tangga ni quite steep.
Ada port menarik untuk bergambar di luar pintu utama...
Rumah Tok Wan yang asal dulu lebih kurang macam ni; atap rumbia, dinding buluh dan lantainya batang pinang yang dibelah. Nostalgia.
Ummi sempat tengok orang tua-tua ketuk tangkai padi dalam kepuk ni. Ummi membesar di bendang dan kebun getah :)
Beli tiket dulu...
Apa ada atas ni?
Ada revolving tower.
Sampai di atas ni Ummi ingat kepala Ummi yang berpusing, rupanya menara ni yang bergerak. Macam Restoran Berputar Menara KL cuma pusingannya lebih perlahan. Di sekeliling kita, terpapar lukisan besar (pemandangan 360°) panorama indah sekitar ibu negeri Kedah.
Lukisan memang nampak real ..
Gambar Gunung Keriang pun ada...
Ada service ambil gambar keluarga dan express print out. Gambar tadi boleh diselitkan pada kalendar seperti bawah ni... Caj RM10 (gambar & kalendar).
Lepas puas bergambar, kami turun. Keadaan agak panas dan kurang selesa sebab alat pendingin hawa rosak masa ni.
Turun dari gunung, barulah masuk ke ruang pameran muzium.
Pelbagai sudut menarik untuk bergambar...
Arwah Tok dulu turun ke bendang macam tu lah gayanya ☺️
Ada ruang untuk anak-anak mencuba permainan tradisional.
Ghisau tengok dia melompat dengan kain ala Saloma tu :D
Jika diikutkan nak berlama-lama lagi tapi sebab panas dan rimas (aircond rosak) kami cepat keluar cari udara segar.
Anak4 kehausan...
Anak4 sangat seronok datang ke sini. Sesekali bawa ke muzium, sikit sebanyak dapat memberi perspektif baru tentang kehidupan, sejarah dan asal-usul kepada mereka انشاء الله