25.2 | Jumaat hari terakhir persekolahan sesi 2021/22 kelas Angah buat jamuan akhir tahun, sekali lagi :D
Yang hadir (Team B) hanya 10 orang; 5 lelaki, 5 perempuan. Masa ni sekolah depa ada kes +ve Covid jadi ramai ibu bapa ambil langkah berjaga-jaga, rehatkan anak. Angah pun selepas seminggu Ummi rehatkan, last day ni baru ke sekolah. Bolehlah cipta kenangan dengan kawan-kawan. Kesian dia tak banyak memori dengan kawan-kawan. Dengan Team A pun dah berbulan tak jumpa :(
Ini pula yang Angah bawa balik ... Makanan banyak, cikgu suruh bawa balik sorang sikit...
Sorang banyak ni, bukan sorang sikit :D
Bihun tu banyak, dari tengahari hingga malam masih berbaki. Hokkaido cake tu dia ambil 2 biji untuk adik2 dia 🤗 Ummi pun order sekotak je, untuk dibawa ke sekolah.
Harapkan situasi akan lebih baik tapi nampaknya sesi persekolahan tahun 2022/23 ni akan diteruskan secara penggiliran juga, untuk pembukaan sesi 21/3 nanti :(