Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2742

Nasi Ayam SK 😋

$
0
0

Tergoda betul Ummi dengan Nasi Ayam Hujan Tak Panas airtangan Cik Puan SK kita😊. Sanggup ke kedai dulu beli ayam potong 4 sebelum ambil Adik di sekolah. Ikutkan semalam juga nak masak nasi ayam ni untuk makan malam, tapi  sayur lemak kobis Cina lauk tengahari masih berbaki, jadi hold dulu projek nasi ayam...

Makanya hari ni terhasillah Nasi Ayam resepi SK. Terima kasih banyak SK atas perkongsian resepi ni. Moga mengalirkan pahala berpanjangan buatmu sohabat 🤗


Resepi: Nasi Ayam SK

Bahan-bahan 
Ayam potong 4 - ambil 2 bahagian sahaja
Seketul besar halia dipecahkan
# Ummi tambah sekali kaki ayam untuk dijadikan sup

Masukkan ayam dan halia ke dalam periuk dan masukkan air sehingga ayam tenggelam. Ummi guna Noxxa, HP 20x. Bila beep, angkat dan toskan ayam. SK suruh masukkan ayam dalam bekas berisi air berais untuk hentikan proses memasak, Ummi lupa 😅

Bahan-bahan untuk Perapan Ayam 
2 sudu minyak bijan
4 sudu kicap cair
1 sudu sos tiram
2 sudu madu

Kacau sebati semua bahan dan lumur/curah pada ayam. Ketepikan. Ayam ni Ummi goreng kemudiannya. 


Bahan-bahan untuk Kicap Nasi Ayam

Baki bahan di atas + satu senduk air rebusan ayam. Gaul sebati. 

Bahan-bahan untuk Nasi Ayam
3 pot beras cuci & toskan
4 pot air rebusan ayam - Ummi tambah lagi 1 cawan air
1 kiub pati ayam - Ummi letak 2 ketul
Garam 
Rempah 4 sekawan - kulit kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang & buah pelaga
2 helai daun pandan - disimpul 

Masukkan semuanya ke dalam rice cooker dan masak seperti biasa. Bila nasi kering, campurkan sedikit pewarna kuning. Ummi gaul dengan garfu untuk meratakan warnanya. 


Bahan-bahan untuk Sup 
Sup bunjut
Kiub pati ayam
Garam 

Masukkan semuanya ke dalam air rebusan ayam tadi. Perisakan secukupnya. 

Bahan-bahan untuk Sambal Cili 
9 tangkai cili hidup 
5 ulas bawang putih 
4 s/m gula 
Garam
2 senduk air rebusan ayam
2 s/m sudu cuka 

Kisar cili + bawang putih. Masukkan ke dalam periuk bersama bahan-bahan lain. Masak hingga mendidih.  

# Ummi kurangkan kuantiti cili, jadi kuantiti bahan lain juga dikurangkan. 


Hidangkan bersama salad, timun dan tomato. Ummi takde salad, timun dan tomato pun onz :D 


Nasi Ayam Hujan Tak Panas is done 😁

Resepi ni memang terbaiklah SK 👍👍👍 
Lain kali teringin nasi ayam, Ummi akan guna resepi SK ni lagi, انشاء الله

Untuk dessert, kek coklat moist dari Cik Aida...


Alhamdulillah, kenyang... 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2742

Latest Images

Trending Articles

<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>