Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2734

Baru Nampak Matahari

$
0
0

Hari ke-3 di tahun 2022 baru nampak matahari 🌞 Itupun sekejap je muncul, banyaknya diselubungi awan hitam.


Apapun tetap bersyukur dengan aturan-Nya. Tempat lain hujan tak berhenti dan banjir. Semoga mereka yang telah dan sedang berhadapan dengan ujian banjir, diberi kemudahan dan kekuatan besar untuk meneruskan hidup. 

Hari ni 3.1 juga Adik kembali ke sekolah, untuk penggal ketiga persekolahan tahun 2021. Tapi sebab belum naik kelas, gambar pun takdelah... Tak rasa excited macam tahun-tahun sebelum yang mana awal tahun ialah masa anak-anak naik darjah. 

Takde gambar Adik, gambar cendawanAdik pun ok kan? 

Dari tepi tingkap terus ke periuk ... Gittewwww... 


Menu kedua, Peria Katak goreng garing.

 Bancuh Tepung Bestari dengan sedikit air then celup peria tu. Goreng hingga garing. Sedap! Ratah pun sedap ni. Peria tu rendam dulu dalam air. Kemudian masukkan garam. Biar seketika. Tujuannya nak kurangkan rasa pahit peria. 

Ini pula Cekodok Pisang...

Cekodok pisang ni lawan dengan kopi O fuhh 'terangkat'. Hujan-hujan pulak tu :p 

Akhir kalam, Ummi share sini info puasa sunat dari status WA kawan Ummi, untuk manfaat semua.


Tahun ni Ummi takde azam nak diet untuk kurus. Mana nak kurusnya, setakat azam je. Tindakannya asyik ke laut dalam je haha... Baiklah puasa, dah tentu-tentu tak boleh makan sampai azan Maghrib. Dari segi kesihatan pun besar manfaat puasa ni. Selain manfaat, pahala pun dapat انشاء الله. 

Tahniah kepada yang berpuasa hari ni. Moga istiqomah aamin 🌹






Viewing all articles
Browse latest Browse all 2734


<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>