Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2701

Random Photos II

$
0
0
Part 1 here.

Dah katanya nak clear-kan phone, banyaklah gambar-gambar yang Ummi nak post here as kenangan. 

Maklong terpaksa beli buah nangka sebab teringin bangat dengan nangka Tok :D 

Solat Jumaat minggu lepas. Sejadah ni kami beli di hadapan hotel penginapan di Mekah, Hotel Abraj Janadriyah sewaktu mengerjakan haji 7 tahun lepas. Harganya cuma 10 riyal waktu itu. Beli 2 helai;  untuk Ummi warna peach. Payung tu Walid beli di KK Mart sebab hujan hari tu. 

Ini pula gambar suasana solat Jumaat di Masjid Negara, minggu sebelumnya. Alhamdulillah sekarang masjid-masjid telah dibuka dengan kapasiti lebih besar. Sebak Ummi bila ada sekali tu, Imam Masjid Wilayah (menerusi siaran langsung solat Jumaat di TV1) jemput mana-mana jemaah yang tak dapat masuk ke masjid-masjid lain kerana terlebih kuota, "jemputlah datang ke Masjid Wilayah, kapasiti ruang solat kami besar"الله أكبر tersentuh sangat. 

Tugasan PSV Angah. Cawan comel kot tajuknya. Tadi tengah buat anyaman tikar. Hasilnya Ummi belum tengok lagi.

Baby nenas. Ada orang kata tak elok makan sebab ianya direndam dalam sejenis kimia untuk kekalkan rasa manis dan rangup. Tak jadi Ummi nak repeat beli. 

Jiran jual serbuk rempah dari Kelantan. Senanglah Ummi nak order :) 

YB Menteri Besar wakafkan cermin mata untuk jemaah baca Al Quran. Kadang tu ada yang terlupa bawa kan... Nampak kecil tapi besar manfaatnya. Ini di Masjid Al Khairiyyah Sri Gombak. 

Service aircond. Panggil Haa Mim macam biasa. Service ni 11/9, upah RM400. Kena tulis sini supaya senang ingat esp the date. 

Brownies Mamasab. Satu hantar ke Tambun utk bff sekolah rendah, lagi satu Ummi sent to Cik Siti, ex-officemate and a sister I never had. Ummi kan anak bongsu, mana ada adik 😉 Untuk birthday depa. 

Coretan classmate Abang, sebelum balik raya tempohari; from someone to everyone.  Besar-besar nanti Abang boleh tengok balik :D 


Happy weekend!


Viewing all articles
Browse latest Browse all 2701

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>