Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2699

Pokok Keladi

$
0
0
Ini bukan cerita pokok keladi yang viral dan jadi buruan ramai. Setakat ni Ummi belum terjebak lagi dengan trend bela keladi ni. Sebab minat Ummi lebih kepada edible plants instead of pokok hiasan. 

Anyway, hari tu ada baca sharing rakan blogger, Fiza tentang embun di daun keladi. Terus Ummi teringat nostalgia zaman kanak-kanak. Suka main embun atau titisan hujan yang bertakung di daun keladi. Tolak sana, tolak sini air tu, pelik kenapa daun keladi tu tak basah 😅 Dalam hati, untung Fiza dapat menikmati suasana pagi di kampung dengan melihat titisan embun di daunan pokok. 

Asyik melihat 'rumput lebih hijau di laman orang' terlupa Ummi pun ada pokok keladi! 


 Tengok tu, titisan air tu tak jatuh pun. Daun keladi pun tak basah :) 

Keladi ni keladi yang boleh dimakan. Batangnya boleh dibuat asam rebus atau kadang tu arwah Tok rebus cicah dengan air kerabu. Arwah Tok tanam di belakang rumah, Ummi pindahkan ke depan anaknya. Alhamdulillah hidup subur dia. 

Ini pula bunga keladi. Pernah tengok? 

Cantik warna bunga tu, macam isi ikan salmon :) 

Rasanya ini keladi gajah kot. Bukan Ummi punya, kepunyaan Hj X. Lalu kebun dia waktu tengah ber-jogging, ambil gambar sekeping dua sebab jarang jumpa bunga keladi. Ummi abadikan di sini untuk tatapan semua :) 





Viewing all articles
Browse latest Browse all 2699

Trending Articles



<script src="https://jsc.adskeeper.com/r/s/rssing.com.1596347.js" async> </script>