Quantcast
Channel: Hari hari yang ku lalui...
Viewing all articles
Browse latest Browse all 2700

Berkebun

$
0
0
Pagi tadi spent masasikit berkebun. Selalu je Ummi berkebun, tapi tak sempat nak update :) 

Anyway, ini cerita pagi tadi .. 

Alih anak lemon belakang rumah ke bahagian depan. 

Berjiranlah dia dengan anak durian Belanda yang Auntie Farah bagi


Tayar buruk ni macam tapak semaian Ummilah. Tabur benih macam-macam. Bila ada masa, pindah ke pasu/polybag. 

Ini pula compost bin Ummi. Sisa dapur macam kulit bawang, kulit telur, kulit buah-buahan, daun-daun dsbnya Ummi ni dump dalam ni. Lepas tu tutup dengan tanah. Bila nak tanam pokok dalam pasu, Ummi ambil tanah dalam ni. 

Tya pun sibuk nak berkebun :D 
Tunas serai tu jumpa dalam compost bin👆 Alih dalam polibeg moga hidup hendaknya. 



Pokok ros bertunas semula, aftertrimming. Hari tu Ummi letak di beranda, tak hendak dia. Layu dan kuning. Bawa keluar rumah, kena direct sunlight segar semula. 


Pokok neem Angah ni pun dah kuning dan gugur daunnya. Akar padat sangat kot tapi itulah kena bela sampai bulan 12 ni baru boleh alih ke tanah. Tapi maklumat baru katanya competition akan ditutup awal bulan 10 ni sebab nak masukkan markah dalam rekod PAJSK. Mungkin tarikh tanam pokok pun akan diawalkan juga. 

Kebun belakang rumah pun ada juga ceritanya. Nanti-nantilah ye :) Sekarang ni banyak fokus nak hijaukan beranda supaya selesa anak-anak nak main atau belajar. 



Till then, take care. 

Viewing all articles
Browse latest Browse all 2700