Alhamdulillah sejak berkenalan dengan Nazim Gombak, anak2 Ummi berpeluang menyertai pelbagai program. Bulan Zulhijjah tempohari diadakan program Cinta Baitullah sempena bulan haji. Untuk bulan Muharram ni dianjurkan pula program Hijrah ni.
Menariknya, selain diadakan pengkisahan Hijrah Nabi SAW, ada juga doodle class bersama Tr Ruru. Excited anak-anak Ummi esp Kakak sebab dia minat melukis. Adik pun tak nak ketinggalan, joined the class. Siap berinteraksi dengan Tr Ruru. "Cikgu...cikgu...Saya dah siap!" Hehe...
Angah menang lucky draw. Dapat 2 set pensel.
Ini pula hasil kerja depa untuk coloring contest;
Dan alhamdulillah semasa majlis penutup program ni, ada rezeki anak2 Ummi..
Kakak menang tempat kedua, Angah tempat ketiga. Adik tak menang sebab bawah umur kot hehe... Ummi saja hantar juga hasil kerja dia sebab dia bersemangat nak turut serta.
Alhamdulillah hari ni PIC, Pn I dropped by to send the gift.
Terima kasih banyak Nazim Gombak. Banyak lagi program yang akan diadakan, انشاء الله
Bagi yang berminat, bolehlah intai-intai FB Nazim Gombak 🤗